PANAMA CITY - PANAMA. Bekas Ketua Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat yang disabitkan kesalahan menculik seorang Imam Mesir pada 2003 ditahan di Panama, semalam.
Dipetik laporan Press TV, bekas ketua CIA yang berpangkalan di Milan Robert Seldon Lady, ditahan ketika cuba melarikan diri ke Costa Rica melalui pintu sempada negara itu.
Pegawai Keselamatan Itali berkata, Seldon Lady kini diserahkan kepada polis antarabangsa (Interpol) di Panama City untuk disoal siasat.
Tahun lalu, Mahkamah Tertinggi Itali mengekalkan keputusan bersalah terhadap Seldon Lady kerana melakukan penculikan terhadap Hassan Mustafa Osama Nasr di Mesir sebelum membawanya ke Jerman.
Dalam pertuduhan itu, Seldon Lady mengaku menyeksa Hasan selama tujuh bulan dengan menggunakan kejutan elektrik dan melakukan penderaan seksual dan fizikal.
Beliau kemudiannya dijatuhi hukuman sembilan tahun penjara bersama 22 warga Amerika yang lain.

No comments:
Post a Comment