Riyadh: Pakar Asia Barat yang berpangkalan di Eropah menegaskan bahawa Arab Saudi adalah penaja utama kempen keganasan besar-besaran yang dikaitkan dengan al-Qaeda di Iraq dan Syria, selain diketahui dengan jelas dan disokong AS.
Pakar hal ehwal Asia Barat dan penulis yang berpangkalan di Belfast, Saeb Shaath dalam wawancara dengan Press TV berkata, regim Arab Saudi menukar negara itu menjadi seolah-olah pangkalan tentera yang besar untuk AS menyerang jirannya. “Sejak dari awal penubuhan Arab Saudi, mereka membawa pertumpahan darah ke negara di sekitarnya dan mereka bersekutu sepenuhnya dengan Zionis dan Amerika serta beberapa kuasa Barat,” katanya.
Ketika wawancara itu, Saeb turut menyalahkan pemerintah diktator di Teluk Parsi itu kerana “memulakan perang saudara di Lubnan,” selain menyokong regim Zionis, membawa kekacauan di Iraq pada awal 1990-an dan memperdaya bekas pemimpin diktator Iraq Saddam Hussein untuk menyerang Iran dengan bantuan AS pada 1980-an. Dia juga menegaskan bahawa ketika Naib Presiden AS, Joe Biden menyuarakan simpati kepada Perdana Menteri Iraq pada awal Ogos kerana “terlalu banyak korban jiwa” ekoran beberapa insiden pengeboman di negara itu, bekas Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton pernah mengakui bahawa al-Qaeda diwujudkan AS, dibiayai Arab Saudi dan dianggotai pengganas Wahabi. - Agensi
No comments:
Post a Comment