Wednesday, August 14, 2013

Tentera Mesir bunuh demokrasi

myMetro | Tentera Mesir bunuh demokrasi:
Kaherah: Pemenang anugerah keamanan Nobel dari Yaman, Tawakul Abdel-Salam Karman berkata rampasan kuasa tentera di Mesir menandakan kematian gerakan demokrasi di rantau Arab.
Kata ibu kepada tiga anak itu, penggulingan Mohamed Mursi pada 3 Julai lalu “mengundurkan” perkembangan demokrasi yang dicapai sejak rakyat Mesir bangkit menolak kerajaan diktator Hosni Mubarak selama 30 tahun pada 2011. 
“Kemunculan pertama demokrasi dalam sejarah Mesir dan Timur Tengah sejak Arab Spring terus berkubur,” katanya.

Tawakul yang menjadi wanita Arab pertama - dan wanita dunia kedua - dianugerah pengiktirafan Nobel berkata kejatuhan Mohamed Mursi adalah sebahagian daripada langkah antirovolusi yang mengekang Timur Tengah.

“Saki-baki kerajaan yang digulingkan pada 2011 dan 2012 kini perlahan-lahan kembali berkuasa.

“Kemusnahan revolusi Arab bermakna matinya Arab Spring,” katanya.

Wartawan, ahli politik dan aktivis hak asasi manusia itu dilarang memasuki Mesir pada 4 Ogos lalu ketika cuba memberikan sokongan kepada Mohamed Mursi dan Ikhwanul Muslimin di Kaherah.

Kerajaan Mesir tidak menyatakan sebarang alasan di sebalik larangan itu.

Tawakul, 34, berkata Arab Spring itu bermaksud gerakan membina demokrasi tetapi ia dihalang melalui kudeta tentera.

“Rampasan kuasa itu merosakkan segala-galanya,” katanya.

Dikenali sebaagai Wanita Besi dan Ibu Revolusi Tawakul ditahan dalam satu daripada protes awal gerakan prodemokrasi Yaman pada 2011.

Kemarahan orang ramai insiden itu mendorong demonstrasi berhampiran Universiti Sanaa bertukar menjadi revolusi sebenar. - Reuters
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment