Wednesday, September 25, 2013

Bantah kehadiran doktor Malaysia, 5 doktor dipecat


25 September 2013
JAKARTA - Lima orang doktor kontrak di Hospital Tangerang Selatan (RSU Tangsel) yang terlibat dalam demontrasi membantah kehadiran dua doktor Malaysia di hospital itu pada Jumaat dan Isnin lepas, telah dipecat oleh Jabatan Kesihatan Tangerang Selatan.
   
Sementara itu, 18 doktor penjawat awam di hospital itu pula diberikan surat amaran, akhbar harian Kompas melaporkan pada Rabu.
   
Dalam demonstrasi oleh sekumpulan doktor dari hospital itu, mereka bukan sahaja membantah kehadiran doktor Malaysia di hospital itu malah turut mendesak pihak berkuasa mengganti pengarah RSU Rangsel yang mereka dakwa tidak berlatarbelakang perubatan, Jabatan Kesihatan Tangerang Selatan dilaporkan bertindak memecat lima doktor itu dengan alasan mereka melanggar kontrak apabila meninggalkan tugas semasa berdemonstrasi, namun alasan itu dibantah Ketua Jawatankuasa Perubatan RSU Tangsel, Daniel Richard, yang mendakwa kelima-lima doktor itu menjalankan tugas mereka terlebih dahulu sebelum berdemonstrasi.
   
Jabatan Kesihatan Tangerang Selatan menyatakan kehadiran dua doktor dari Malaysia itu adalah semata-mata dengan tujuan untuk memindahkan ilmu kepada para doktor di RSU Tangsel.
   
Ketua Jabatan Kesihatan Tangsel, Dadang Epid menjelaskan lima doktor itu sebenarnya telah ditamatkan kontrak kerana didapati melanggar kontrak kerja yang mereka tandatangani.
   
"Jumlah doktor yang ditamatkan kontrak ada lima. Jadi, bukan dipecat. Mereka meninggalkan tugas dengan alasan yang tidak  munasabah, bukan dengan alasan seperti sakit, misalnya," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment