JAKARTA - Kerajaan Belanda meminta maaf secara rasmi atas insiden pembunu- han beramai-ramai dan keganasan oleh tenteranya di Indonesia lebih enam dekad lalu.
Tragedi itu berlaku semasa penduduk Indonesia berjuang menuntut kemerdekaan dari- pada Belanda.
Duta Belanda, Tjeerd de Zwaan mengeluarkan kenyataan permohonan maaf tersebut semalam.
Dalam kenyataannya, kerajaan Belanda memohon maaf kepada balu-balu mangsa ekoran keganasan yang dilakukan oleh tentera negara itu antara tahun 1945 hingga 1949.
De Zwaan berkata, kerajaan Belanda bersetuju untuk membayar pampasan sebanyak AS$26,612 (RM87,393) kepada balu-balu mangsa dari Sulawesi dan Rawagede.
Persetujuan tersebut dicapai selepas mereka mengemukakan tuntutan di sebuah mahkamah Belanda.
Pembunuhan beramai-ramai itu berlaku di perkampu- ngan Rawagede, Jawa Barat pada 9 Disember 1947.
Dalam keganasan tersebut, askar-askar Belanda membunuh 430 kanak-kanak dan belia lelaki.
Indonesia mengisytiharkan kemerdekaan daripada Belanda pada 17 Ogos 1945 tetapi Belanda hanya mengiktrafnya pada 1949. - AP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0913&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2ein66Ooe
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment