Friday, September 13, 2013

Pertempuran merebak


Zamboanga City: Pertempuran di antara komando kerajaan dan pemberontak Moro yang menuntut kemerdekaan meningkat dan merebak ke pulau kedua, kata pegawai semalam.

Kebanyakan rumah terbakar ketika tentera kembali menguasai sebuah daerah yang ditawan militan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) selama tiga hari.


Beberapa letupan dan pertempuran singkat juga kedengaran ketika pemberontak mengebom kedudukan tentera Filipina.


Tentera mengadakan pemeriksaan dari rumah ke rumah dengan berhati-hati kerana bimbang terhadap serangan penembak curi.


Sumber tentera berkata tiada kematian dilaporkan di pihak mereka tetapi tidak pasti jika ia berlaku di pihak pemberontak. Jurucakap tentera, Domingo Tutaan berkata mereka cuba mengelak kematian di kalangan orang awam dan mahu krisis itu diselesaikan secepat mungkin. Sementara itu Tutaan berkata tiga tentera maut dan sembilan cedera dalam pertempuran di Pulau Basilan. Datuk Bandar Zamboanga, Isabelle Clomaco-Salazar pula berkata dia membuka talian komunikasi dengan pengasas dan pemimpin MNLF, Nur Misuari dan merayu supaya tebusan dibebaskan, terutama di kalangan wanita dan kanak-kanak. Ketegangan semasa menyebabkan Zamboanga lumpuh dengan seramai sehingga 170 orang awam dipercayai terperangkap di bandar berkenaan. - Reuters

No comments:

Post a Comment