Kembar dalam mulut bayi. - Gambar hiasan |
BANDUNG - INDONESIA. Seorang bayi yang berusia kurang seminggu di Bandung, Indonesia mengejutkan banyak pihak apabila wujud seketul daging di dalam mulut yang didakwa ‘kembar siam’ ketika dilahirkan.
Menurut doktor yang merawat bayi pasangan Aep Supriatna dan Yani Mulyani ini, daging di mulut anak lelaki itu adalah kembarnya.
Bayi diberi nama Ginan Septian Nugraha itu tidak boleh menutup mulut kerana ukuran kembar dalam mulutnya itu agak besar.
Kembarnya itu melekat di dalam rongga mulut bahagian atas dan menjulur keluar.
"Setelah diteliti doktor, kembar itu menyerupai bayi kerana ada kaki dan ada alat kelaminnya, tapi kepalanya tidak ada.
“Yang keluar dari mulut itu ada satu tangan, dua kaki, dan mempunyai alat kelamin lelaki," kata Aep dipetik dari Kompas.
Bayi yang melekat dalam mulut Ginan itu disahkan tidak bernyawa dan Aep berharap agar pihak hospital dapat menyelamatkan nyawa Ginan.

No comments:
Post a Comment