|
MANILA - Polis Filipina semalam memfailkan dakwaan jenayah dan pemberontakan ke atas kumpulan pertama daripada 200 orang anggota Barisan Pembebasan Kebangssan Moro (MNLF) yang cuba menawan bandar Zamboanga dan menjadikan penduduknya sebagai tebusan.
Seramai 29 anggota MNLF dikenakan dakwaan tersebut, termasuklah komander Habier Malik, jelas pendakwa kanan, Aristotle Reyes.
Seramai 24 orang daripada mereka sudah pun ditangkap atau menyerah diri.
Dakwaan ke atas anggota MNLF dan pemimpinnya, Nur Misuari akan difailkan pada minggu ini. Mereka didakwa melakukan pemberontakan dan menjadikan penduduk sebagai tebusan.
"Terdapat bukti yang kukuh untuk mendakwa mereka. Kebanyakan daripada mereka ditangkap ketika bertempur dengan pihak berkuasa," kata Reyes.
Setakat ini, dianggarkan 102 orang anggota MNLF terbunuh manakala 117 yang lain berjaya ditangkap atau menyerah diri.
Kini, kira-kira 40 orang pemberontak masih menahan 20 orang tebusan dan bertempur dengan anggota keselamatan Filipina.
Jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Ramon Zagala memberitahu, pihaknya mengehadkan penggunaan senjata berat demi melindungi orang awam. - AP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0923&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2fjFxdoVU
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment