ISLAMABAD 9 Sept. - Mamnoon Hussain (gambar), hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden baharu Pakistan menggantikan Asif Ali Zardari yang meletak jawatan, semalam selepas tamat penggal pemerintahannya.
Mamnoon mengangkat sumpah jawatan pada satu majlis yang disaksikan oleh Ketua Hakim Pakistan, Iftikhar Chaudhry.
Menurut koresponden, beliau adalah calon mengejut bagi parti pemerintah Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N), tetapi sebaik-baik sahaja namanya dicalonkan, pemilihannya terus diterima sebulat suara.
Mamnoon merupakan seorang ahli perniagaan dari Karachi terkenal dengan kesetiaannya kepada PML-N.
Beliau juga adalah kawan rapat kepada Perdana Menteri Nawaz Sharif dan seorang yang merendah diri. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130910/lu_09/Mamnoon-Presiden-baru-Pakistan#ixzz2eSAtj6gc
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment