Tuesday, October 8, 2013

Nur Misuari mahu gesa pihak asing siasat insiden Zamboanga


Konflik bersenjata di Zamboanga selatan Filipina yang berlanjutan selama tiga minggu, mengorbankan lebih 200 orang selain memaksa lebih 100,000 penduduk dipindahkan. - AGENSI
MANILA 7 Okt. - Ketua Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari (gambar) mungkin melawat Indonesia bulan depan untuk menggesa pihak asing menyiasat pertempuran berdarah di bandar Zamboanga yang menyebabkan banyak kematian.
Jurucakap Misuari, Emmanuel Fontanilla berkata, ketua MNLF itu dijadual mengunjungi Indonesia pada November ini.
"Mengikut perbincangan antara kami berdua, beliau (Nur Misuari) menyatakan akan melakukan lawatan tersebut," katanya kepada radio dzMM.
Fontanilla bagaimanapun menolak untuk menyatakan sama ada Misuari masih berada di negara ini selepas kerajaan Filipina pada minggu lalu memfailkan dakwaan terhadapnya atas pertuduhan melakukan pemberontakan serta melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa berhubung serangan di Zamboanga.
Jelas jurucakap itu, MNLF akan mengesa Parlimen Kesatuan Kerjasama Islam (PUIC) untuk menyiasat insiden pertempuran antara tentera kerajaan dan anggota kumpulan pemberontak itu di Zamboanga pada bulan lalu.
Katanya, pihak ketiga perlu menyiasat tuduhan yang dibuat terhadap kumpulan mereka selain mengadili status perjanjian damai 1996 antara kerajaan Filipina dengan MNLF. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131008/lu_05/Nur-Misuari-mahu-gesa-pihak-asing-siasat-insiden-Zamboanga#ixzz2h59rEAb4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment