Saturday, November 16, 2013

CIA kumpul data pemindahan wang antarabangsa


2013/11/16
WASHINGTON: Agensi Risikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat secara rahsia mengumpulkan rekod pemindahan wang antarabangsa keluar dan masuk ke negara itu termasuk operasi yang dikendalikan firma seperti Western Union, lapor New York Times semalam.

Agensi terbabit bertindak di bawah undang-undang yang sama digunakan NSA untuk mendapatkan pangkalan data rakaman telefon penduduk Amerika Syarikat, kata akhbar itu yang memetik pegawai dan bekas kakitangan.

Program pemindahan kewangan ini berselindung di bawah Akta Patriot 9/11 dan diselia oleh Mahkamah Pemantauan Risikan Asing, lapor akhbar itu.

Kewujudannya menunjukkan bahawa rakyat Amerika Syarikat masih tidak mengetahui mengenai sejauh mana program pengumpulan data kerajaan.

“Data terbabit tidak termasuk pemindahan domestik saja atau antara bank semata-mata,” kata pegawai terbabit.

Bagaimanapun, Times memetik pegawai lain yang tidak mengetahui program itu berkata bahawa mahkamah melaksanakan peraturan yang melindungi identiti mana-mana rakyat Amerika Syarikat daripada pemantauan data CIA.

Sebaliknya hubungan dengan pertubuhan jenayah diperlukan sebelum satu siasatan dijalankan, katanya. Dan pencarian perlu dipadamkan selepas beberapa tahun tertentu.
Peraturan yang sama dikenakan oleh mahkamah membabitkan program rakaman telefon NSA.

Kerajaan sudah mengumpulkan data membabitkan pemindahan besar di bawah satu undang-undang yang dipanggil Akta Rahsia Bank.

Times berkata beberapa pegawai berkata program pengumpulan besar-besaran lain belum lagi diketahui. – AFP

No comments:

Post a Comment