27 Disember 2013
Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu ketika berucap di himpunan aman dan serahan memorandum membantah kezaliman kerajaan Bangladesh di kedutaan tersebut, hari ini. - Foto ihsan Twitter Amkn9 oleh Nazree Yunus
SHAH ALAM – Kerajaan Malaysia disarankan memanggil Duta Bangladesh bagi menjelaskan hukuman gantung sampai mati yang dikenakan ke atas Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh, Abdul Kader Mullah.
Perkara itu disuarakan Pas selepas mengadakan himpunan aman dan serahan memorandum membantah kezaliman kerajaan Bangladesh di kedutaan tersebut, hari ini.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, tindakan itu tidak menyalahi etika diplomatik Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
“Saya rasa adalah baik kalau kerajaan Malaysia memanggil Duta Bangladesh kerana kita ada keperluan untuk mengetahui apa yang berlaku.
“Sebagai negara anggota OIC, saya rasa tidak menyalahi etika diplomatik. Mereka perlu jelaskan kenapa sampai Sheikh ini (Abdul Quader Mullah) dihukum gantung?,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Mullah merupakan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh menjalani hukuman gantung pada 13 Disember lalu selepas disabitkan atas kesalahan jenayah kemanusiaan.
Beliau telah gagal dalam tuntutan pada rayuan akhir terhadap hukuman mati.
Mullah yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada Februari lalu telah mencetuskan protes jalanan yang ganas di Bangladesh yang mengorbankan kira-kira 100 orang.
Dalam perkembangan berkaitan, Salahuddin turut bersetuju kerajaan tidak sepatutnya mendiamkan diri mengenai perkara ini.
Mengulas lanjut mengenai penganjuran bantahan yang dibuat selepas selesai Sembahyang Jumaat tadi, Salahuddin berkata, pihaknya melahirkan simpati dan kekesalan terhadap kejadian itu.
“Seorang tokoh gerakan Islam yang dihormati tetapi tiba-tiba dijatuhkan hukuman gantung sampai mati di atas dakwaan kononnya melakukan pengkhianatan terhadap negara. Sedangkan parti itu adalah parti yang memilih jalan demokrasi.
“Hukuman itu sangat mengejutkan dunia Islam, jadi kita melahirkan rasa simpati terhadap kejadian itu dan kesal terhadap kerajaan Bangladesh yang tidak mengendalikan perbicaraan mengikut standard undang-undang yang berasaskan keadilan.
“Tadi, kita serahkan memorandum kepada wakil kedutaan mereka di kedutaan Bangladesh,” katanya.
Bantahan itu turut dihadiri kira-kira 1,000 peserta yang terdiri daripada ahli Pas, PKR, badan--badan bukan kerajaan termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan mahasiswa.

No comments:
Post a Comment