Wednesday, December 18, 2013

Yaman larang serangan pesawat tanpa pemandu


Yaman larang serangan pesawat tanpa pemandu17 Disember 2013

Yaman larang serangan pesawat tanpa pemandu Undang-undang melarang serangan pesawat tanpa pemandu di Yaman diluluskan Parlimen, kelmarin.

SANAA - YAMAN. Parlimen Yaman meluluskan undang-undang melarang serangan pesawat tanpa pemandu di negara itu.

Agensi berita Saba melaporkan keputusan tersebut dibuat sebagai langkah untuk melindungi penduduk di negara terbabit dari sebarang pencerobohan asing.

Sebelum ini, tentera Amerika Syarikat (AS) menggunakan pesawat tanpa pemandu itu kononnya untuk menyokong kempen menentang kumpulan Al-Qaeda yang beroperasi di Yaman.

Bagaimanapun, serangan yang telah meragut 17 nyawa orang awam di Rada pada minggu lalu telah mencetuskan kemarahan banyak pihak dan penggunaan pesawat tanpa pemandu tersebut turut dikecam kumpulan aktivis.

Dalam satu kenyataan, laporan dipetik dari AFP, Amnesty International mendakwa insiden itu jelas menunjukkan dalang di sebalik serangan tersebut seperti mahu melepas tangan walaupun ia melibatkan kematian orang tidak berdosa.

Susulan daripada itu, Pengarah Amnesty di Timur Tengah dan Afrika Utara, Philip Luther bertindak menggesa pihak yang bertanggungjawab supaya tampil memberi penjelasan berhubung 'kesilapan' tersebut. 

No comments:

Post a Comment