JAKARTA 5 Jan. - Artis wanita terkenal Indonesia, Cut Tari yang pernah menggemparkan industri hiburan negara ini kerana terlibat dalam skandal video seks dengan vokalis Noah, Ariel, diceraikan suaminya dengan talak satu.
Yusuf dilapor menjatuhkan talak ke atas Cut Tari pada 18 Disember lalu dan kes perceraian pasangan itu akan didengar di mahkamah pada 22 Januari ini.
Cut Tari dan Yusuf, masing-masing ketika ditemubual wartawan memberitahu, punca kemusnahan rumah tangga yang dibina atas dasar cinta itu ialah kerana tiada persefahaman.
Kalau sudah namanya perkahwinan, tentu sekali persefahaman antara pasangan itu penting. Sudah lama saya berhasrat untuk menceraikannya, tetapi saya hanya menunggu masa yang sesuai. Lalu, selepas menjatuhkan talak satu, saya keluar dari rumah," kata Yusuf kepada wartawan.
Bagi Cut Tari, persetujuan untuk bercerai dengan Yusuf dicapai secara harmoni.
Kami berdua sepakat ke arah ini (bercerai)," katanya ringkas.
Berita perpisahan Cut Tari atau nama sebenarnya Cut Tari Aminah Anasya, 36, dengan suaminya, Ricco Tirtaputra Gani atau Johannes Yusuf Subrata, 41, mendapat liputan meluas media tempatan hari ini dengan pelbagai spekulasi diberitakan.
Kebanyakan media melaporkan, hubungan rumah tangga mereka mulai retak selepas tercetus skandal hubungan seks antara artis wanita terkenal itu dengan Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham pada 2010.
Bagaimanapun, ketika kes itu hangat diperkatakan, Yusuf sentiasa berada di samping aktres tersebut dan memberi sokongan sekalipun ketika berurusan dengan polis dan mahkamah.
Pada masa sama, Cut Tari juga didakwa mempunyai hubungan intim dengan lelaki lain, namun, Yusuf menafikan perceraian itu disebabkan kehadiran orang ketiga seperti yang dilaporkan media-media Indonesia.
Punca (perceraian) tidak ada kaitan dengan orang ketiga. Kami tiada persefahaman dalam rumah tangga," tegasnya.
Pasangan tersebut yang berkahwin hampir 10 tahun, mempunyai seorang anak lelaki bernama Sidney Azkassyah Yusuf. - UTUSAN
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140106/lu_08/Cut-Tari-bercerai-dengan-suami#ixzz2pZKRd7Yf
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment