Wahab bersalaman dengan kakaknya, Bedah. |
Itulah yang diberitahu Bedah Mudin, 71, dari Kampung Sera Bawah setelah ditanya mengapa menghilangkan diri selama ini.
Menurutnya, dia nekad meninggalkan rumahnya setelah neneknya memarahinya gara-gara memotong rambut sehingga pendek.
“Makcik merajuk, sebab nenek marah makcik potong rambut pendek. Makcik lari ke Alor Setar, kemudian, jumpa seseorang yang berikan makcik kerja sebagai pembantu rumah.
“Kemudian, makcik pindah ke Kuala Lumpur dan terakhir di Kelantan dengan majikan sama,” katanya ketika ditemui di kediaman adik lelakinya, juga di Kampung Sera Bawah.
Pengakuan itu juga mengejutkan semua sanak saudaranya yang juga tidak mengetahui sebab mengapa dia meninggalkan keluarganya itu selama ini.
Bedah yang tidak mempunyai cahaya mata itu kini tinggal di kediaman anak saudaranya setelah pulang semula ke kampung halamannya itu pada Disember tahun lalu.
“Bila umur dah meningkat, makcik tak dapat bekerja lagi selain keadaan kesihatan yang terganggu. Disebabkan itu, makcik pulang semula ke pangkuan keluarga,” katanya.
Sementara itu, adiknya, Wahab Md Ali, 59, berkata, dia terkejut setelah melihat kakaknya itu secara tiba-tiba muncul di hadapan rumahnya tahun lalu.
“Masa itu dia (Bedah) dengan majikannya, saya memang tak kenal, sebab muka dah lain
"Jadi, saya terpaksa minta kad pengenalan untuk pengesahan," katanya.
Menurut Wahab, dia dan keluarga sama sekali tidak menyangka kakaknya itu akan pulang ke pangkuan keluarga setelah berpuluh tahun meninggalkan kampung.
“Alhamdulillah, memang rasa bersyukur sangat. Dulu, saya pernah cari kakak, tapi tak berjaya, sampailah saya putus harapan.
“Bila kakak pulang semula ke sini, memang rasa macam tak percaya,” katanya.
Kepulangan Bedah diraikan dengan majlis kesyukuran bersama keluarganya yang ternyata merinduinya selama ini.
No comments:
Post a Comment