Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, tindakan itu dibuat bagi memberi keadilan mereka selepas wujud bukti kurang kukuh ketika dibicarakan sebelum ini.
“Perbicaraan semula tersebut akan dibuat berdasarkan asas undang-undang yang baru diwujudkan,” katanya .
Keputusan disuarakan Erdogan dibuat susulan keputusan mesyuarat Union of Bar Associations yang mencadangkan perbicaraan semula perlu dilakukan terhadap pegawai tentera terlibat.
Minggu lalu, dipetik laporan AP, tentera meminta mahkamah dan kerajaan mengkaji semula tindakan memenjarakan ratusan pegawai tentera selepas bukti dakwaan terhadap mereka dikatakan telah dipalsukan.
No comments:
Post a Comment