Keputusan awal semalam menyaksikan, sehingga jam 10 malam waktu tempatan, Liga Awami mendahului 86 kerusi dari 116 kerusi yang dipertandingkan.
Bagaimanapun, laporan dipetik Reuters, timbalan ketua pembangkang Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) Fakhrul Islam Alamgir dan sekutunya, Jammat E-Islami mengisytiharkan undi itu tidak sah dan merancang meneruskan protes sehingga Rabu.
“Negara menolak pilihan raya ini. Keputusan itu tidak boleh diterima kerana tidak adil,” katanya.
Ketika pilihan raya semalam, pembangkang bertindak melancarkan mogok dan menghalang lalu lintas dengan meletakkan pokok pisang dan kayu di tengah jalan raya.
Mereka memboikot pilihan raya selepas Perdana Menteri, Sheikh Hasina enggan meletak jawatan dan membentuk pentadbiran sementara bagi memantau proses pengundian dan calon dari parti Jamaat E-Islami turut dilarang bertanding.
No comments:
Post a Comment