14 Januari 2014
Penduduk Islam di Republik Afrika Tengah kini menjadi sasaran keganasan pelampau di negara itu.
BANGUI - REPUBLIK AFRIKA. Kumpulan militia dan pelampau Kristian, kelmarin mengancam untuk membunuh orang Islam selepas keganasan etnik kembali tercetus di Republik Afrika Tengah.
Media tempatan melaporkan kejadian serangan ke atas masjid dan kecurian kedai serta rumah milik orang Islam juga semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.
Seorang penduduk mendakwa orang Islam terutamanya wanita dan kanak-kanak tidak berdosa kini menjadi sasaran di negara itu.
"Mereka sengaja mahu menakut-nakutkan kami dengan tujuan untuk mengusir penduduk Islam," katanya yang enggan identitinya didedahkan kepada umum.
Sementara itu, jurucakap pelampau Kristian memberitahu bahawa tindakan ganas yang dilakukan ke atas penduduk Islam kononnya sebagai 'cara' untuk mewujudkan keamanan di Republik Afrika Tengah.
Konflik berdarah mula melanda negara itu selepas kumpulan militia melancarkan serangan di ibu negara pada Mac lalu.
Bagaimanapun memetik laporan Press TV, ketegangan kembali memuncak selepas Presiden sementara, Michel Djotodia dan Perdana Menteri Nicolas Tiangaye meletak jawatan, Jumaat lalu sebagai usaha untuk meredakan konflik di negara terbabit.
Dalam perkembangan lain, Presiden Palang Merah Afrika, Antoine Mbao Bogo mengesahkan angka kematian dalam pertempuran selama dua hari berturut-turut di ibu sejak kelmarin telah mencecah 13 orang.

No comments:
Post a Comment