Friday, March 7, 2014

Parlimen Crimea mahu berpisah dari Ukraine


BEBERAPA anggota kumpulan bersenjata Crimea berkawal di bangunan Parlimen wilayah berkenaan di Simferopol semalam.


SIMFEROPOL, UKRAINE - Para wakil rakyat Crimea semalam meng- umumkan tarikh 16 Mac ini untuk mengadakan pungutan suara bagi menentukan sama ada wilayah berkenaan akan berpisah dari Ukraine bagi menyertai Rusia.
"Referendum ini merupakan tindak balas kami berhubung huru-hara di ibu negara Ukraine, Kiev," kata seorang wakil rakyat wilayah berkenaan, Sergei Shuvainikov.
"Kami sendiri akan menentukan masa depan kami," tambahnya.
Parlimen Crimea yang mempunyai 100 kerusi mengundi 78-0 dengan lapan menarik diri untuk mengadakan pungu- tan suara bagi membolehkan wilayah itu menyertai Rusia.
Crimea yang didiami penduduk majoriti berketurunan Rusia sebelum ini memperoleh kuasa autonomi meluas daripada Kiev.
Konflik Ukraine dengan Rusia berlaku selepas anggota-anggota Parlimen memilih Oleksandr Turchynov sebagai Presiden sementara bagi menggantikan Viktor Yanukovych yang melarikan diri dari Kiev pada bulan lalu.
Yanukovych melarikan diri selepas beliau menandatangani satu perjanjian damai tajaan Barat bagi mereda- kan situasi politik selepas hampir 100 orang mati akibat pertempuran antara anggota-anggota polis dengan penunjuk perasaan.
Para penunjuk perasaan itu menuntut Yanukovych meletakkan jawatan selepas beliau enggan menandatangani satu perjanjian perdagangan dengan Kesatuan Eropah.
Jika perjanjian itu ditandatangani, barangan Ukraine akan menembusi pasa- ran di Eropah.
Namun, Rusia kemudian tidak mengiktiraf Turchnov sebagai Presiden sementara.
Sebaliknya, Rusia masih mengiktiraf Yanukovych sebagai Presiden Ukraine kerana beliau mempunyai hubungan amat rapat dengan Moscow.
Sejumlah askar-askar Rusia kemudian didapati mengawal beberapa lokasi di Semenanjung Crimea.
Semenanjung itu juga mempunyai sebuah pangkalan tentera Rusia. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0307&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2vEAAibB4 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment