GENEVA 12 April - Pelaksanaan hukum hudud oleh Brunei yang memperuntukkan hukuman mati bagi beberapa kesalahan bermula bulan ini, mendapat kritikan Suruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Jurucakap suruhanjaya itu, Rupert Colville berkata, pihaknya memandang serius pelaksanaan undang-undang Islam tersebut yang turut memperuntukkan hukuman mati bagi kesalahan seperti merogol, berzina dan meliwat.
Jelasnya, antara kesalahan lain yang boleh dijatuhi hukuman mati ialah menghina Nabi Muhammad S.A.W, al-Quran dan hadis.
Pelaksanaan hukuman mati oleh Brunei menyalahi undang-undang antarabangsa," kata beliau kepada pemberita di sini semalam.
Brunei tidak melaksanakan hukuman mati sejak 1957.
Colville berkata, negara Islam itu sepatutnya meneruskan langkah tersebut dan bukan melaksanakannya.
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada Oktober tahun lalu mengumumkan negaranya bakal melaksanakan hukum hudud yang turut memperuntukkan hukuman sebat dan rejam sehingga mati bagi kesalahan tertentu.
Jelas Colville, undang-undang antarabangsa menyatakan hukuman rejam sehingga mati misalnya dikategorikan sebagai kekejaman dan penyeksaan serta tidak berperikemanusiaan sekali gus diharamkan di bawah perjanjian-perjanjian hak asasi manusia.
Selain mengamalkan hukum hudud, Brunei turut mengharamkan penjualan dan pengambilan minuman keras dalam kalangan penduduk Islam. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140413/lu_01/Pelaksanaan-hudud-Brunei-dikritik#ixzz2yiFCOLa0
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment