Saturday, May 10, 2014

10 fakta mengenai Boko Haram


Abuja: Boko Haram menjadi perhatian dunia berikutan pembabitan mereka dalam penculikan 200 pelajar perempuan Nigeria baru-baru ini.

Mereka juga mengancam untuk menjual tebusan sebagai hamba.

Diasaskan oleh Mohammed Yusuf pada 2002, kumpulan itu bertujuan mewujudkan negara Islam “tulen”.



Berikut adalah 10 fakta mengenai Boko Haram 1.

Nama rasminya ialah Jama’atu Ahlis Sunna Lidda’awati wal-Jihad (Gerakan Dakwah Ahli Sunnah dan Jihad) namun diberi nama Boko Haram - atau “Haramkan Pendidikan Barat” dalam bahasa tempatan 2.


Antara 2002 hingga 2013, dianggarkan 10,000 orang terbunuh dalam keganasan dikaitkan dengan Boko Haram.

3.


Menurut Human Right Watch dalam tempoh 2009 hingga 2012, Boko Haram bertanggungjawab dalam 900 pembunuhan.

melalui pelbagai insiden keganasan di seluruh negara.

4.

Boko Haram menganggap pembabitan Muslim dalam parti politik atau aktiviti sosial yang mempunyai hubung kait dengan pertubuhan Barat sebagai haram, termasuk mengundi dalam pilihan raya, memakai kemeja dan seluar panjang atau menerima pendidikan sekular.

5.

Mohamed Yusuf menubuhkan Boko Haram di Maiduguri pada 2002.

Dia mendirikan kompleks agama untuk termasuk masjid dan sekolah agama yang dijadikan pusat merekrut anggota baru.

6.

Pada 2009, Boko Haram melancarkan serangan ke atas bangunan kerajaan dan balai polis berikutan operasi besar-besaran yang dilancarkan pasukan keselamatan bagi membanteras kumpulan itu sehingga Mohamed Yusuf.

7.

Boko Haram tidak mengiktiraf kerajaan Nigeria dan mahu negara itu itu menjadi negara Islam.

8.

Laporan AS pada 2011 menyebut Boko Haram adalah ancaman terbaru yang semakin berleluasa dan dilaporkan mempunyai hubungan dengan al-Qaeda di Afrika.

9.

Boko Haram terkenal dengan gaya serangan menggunakan penyerang bermotosikal untuk membunuh anggota polis, ahli politik, ulama atau sesiapa yang mengecam kumpulan berkenaan.

10.

Sejak 2011, Nigeria dilaporkan bekerjasama dengan AS dan CIA bagi menghentikan Boko Haram namun kumpulan itu terus mencetuskan keganasan dan bertindak kejam.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/10

No comments:

Post a Comment