Saturday, May 10, 2014

Bantahan bukan Islam kerana jaga kepentingan

NIZAM ZAIN
Abdullah Zaik
Abdullah Zaik 
9 Mei 2014
BANGI - Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) tidak menolak kemungkinan bantahan dan provokasi yang ditimbulkan pemimpin bukan Islam berpunca daripada ketakutan mereka terhadap perpaduan masyarakat Islam di negara ini.

Presidennya, Abdullah Zaik Abdul Rahman mendakwa tindakan campur tangan berterusan bukan Islam dalam hal ehwal orang Islam dan keistimewaan Bumiputera khususnya pelaksanaan hukum hudud menunjukkan mereka cuba mempertahankan kepentingan masing-masing.

"Mereka sangat takut kepada perpadaun antara orang Islam Melayu, sebab itu mereka menghalang dengan agresif dan tidak munasabah.

"Dalam keadaan ketakutan itu mereka beranggapan hudud itu akan menjejaskan kepentingan mereka termasuk menguasai ekonomi negara," katanya pada sidang media, di ibu pejabat Isma, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan pemimpin Umno-BN memberi sokongan kepada Pas membawa rang undang-undang persendirian mengenai hudud yang akan dibentangkan pada persindangan Dewan Rakyat akan datang.

Mengulas lanjut, Abdullah Zaik menambah, pelaksanaan hukum hudud itu sebenarnya tidak akan menjejaskan kepentingan bukan Islam malah ia telah disalahtafsirkan.

"Kita tidak nampak pelaksanaan hudud akan menjejaskan kepentingan bukan Islam," katanya.

Ditanya tentang desakan kumpulan bukan Islam terhadap hak asasi manusia, beliau menegaskan hak itu boleh perlulah selari dengan kehendak agama.

"Orang Islam lihat hak itu hanya yang dibenarkan oleh ALLAH dan Islam... kalau hak asasi manusia siapa memberi hak itu?

"Dalam Islam ialah ALLAH sebagai pencipta manusia yang mempunyai hak dan itu boleh dipertahankan," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment