- Tentera cuba untuk memenangi hati rakyat menerusi acara hiburan yang dianjurkan oleh mereka. Gambar kecil: Sombat.
Sombat Boonngamanong yang menjadi pencetus kempen dalam talian untuk mengadakan perhimpunan membantah rampasan kuasa oleh tentera diberkas, lewat kelmarin di timur wilayah Chonburi.
Jurucakap tentera, Sirichan Ngathong berkata, mereka berjaya mengesan jejak Sombat menerusi internet.
"Aktivis terkenal tersebut boleh didakwa kerana gagal menghadirkan diri ketika dipanggil junta tentera kira-kira dua minggu lalu," katanya kepada AFP.
Difahamkan, Sombat telah memuat naik status mesej berbaur provokasi di Facebook selepas dia enggan menyerah diri pada bulan lalu.
Selain itu, pemimpin pakatan kumpulan Baju Merah itu turut menggesa penyokongnya untuk mengadakan perhimpunan secara aman sebagai membantah pemerintahan tentera.
Dalam perkembangan lain, tentera dilihat cuba memenangi hati rakyat dengan pemberian makanan percuma dan mengadakan acara hiburan di ibu negara.
Bagaimanapun, tindakan mereka yang kononnya mahu mengembalikan kegembiraan penduduk di Bangkok telah dikecam beberapa pihak yang menyifatkan ia sebagai propaganda semata-mata.
No comments:
Post a Comment