BANGKOK - Junta tentera Thailand membayar hutang tertunggak berjumlah 92.4 bilion baht (RM9.23 bilion) kepada penanam padi di bawah skim subsidi pembelian padi oleh kerajaan, kata seorang pegawai semalam.
Penanam padi di negara itu menunggu wang tersebut sejak Oktober tahun lalu.
"Kerajaan dan Bank Pertanian dan Koperasi Pertanian (BACC) telah membayar semua 800,000 penanam padi tersebut," kata Timbalan Presiden BACC, Supat Eauchai.
"Kami juga tiada perancangan untuk meneruskan skim subsidi tersebut," tambahnya.
BACC merupakan bank milik kerajaan Thailand.
Semua petani itu tidak dibayar selama beberapa bulan selepas bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra membubarkan Parlimen pada Disember tahun lalu.
Skim pembelian tersebut merupakan antara dasar utama yang membantu Yingluck memenangi pilihan raya sekali gus menjadi Perdana Menteri pada 2011.
Ia melibatkan kerajaan membeli padi pada harga melebihi harga pasaran.
Namun, skim itu merugikan kerajaan ekoran terpaksa menjual semula padi tersebut pada harga pasaran kurang 50 peratus berbanding harga yang dibayar kepada petani. - Reuters
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0618&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz34wMAphJY
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment