BRASILIA - Para penyokong skuad bola sepak Jepun menggunakan beg sampah berwarna biru ketika mereka mengutip sampah di Stadium Arena das Dunas di Natal pada Khamis lalu.
Kumpulan penyokong itu melakukan 'operasi pembersihan' selepas perlawanan melibatkan skuad bola sepak negara mereka menentang Greece berakhir.
Pada perlawanan Kumpulan C itu, Jepun seri dengan Greece 0-0.
Para pengguna Twitter memuji perbuatan para penyokong Jepun itu.
Para peminat itu turut mengutip sampah di bawah kerusi selepas perlawanan tersebut berakhir.
Sebelum ini, para peminat skuad itu juga melakukan 'operasi pembersihan' semasa perlawanan menentang Ivory Coast.
Pada perlawanan tersebut, Jepun kalah 2-1. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0622&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz35JufdGzY
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment