Sunday, June 22, 2014

Qari, qariah Malaysia johan tilawah



AHMAD TIRMIZI (kiri) bersama Hanimzah bersama hadiah masing-masing selepas dinobatkan sebagai johan majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa Ke-56 di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur malam tadi.


JOHAN. Malaysia berjaya membolot hadiah utama apabila qari negara, Ahmad Tirmizi Ali dan qariah, Hanimzah Jalaluddin masing-masing diumumkan sebagai johan pada Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa Ke-56 yang berakhir malam tadi.
Johan qari dan qariah itu membawa pulang hadiah jongkong emas 350 gram bernilai RM70,000 serta wang tunai RM40,000, sijil penyertaan dan piala pusingan.
Sementara itu, qari Turki, Mehmet Bilir dan qariah Filipina, Rahima Pandoniongan Amerol menduduki tempat kedua.
Tempat ketiga bahagian qari dimenangi peserta Indonesia, Ihsan Nuzula Zanri, manakala qariah pula dimenangi peserta Brunei, Siti Huzzaimah Yadey Rosli.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan mengurniakan hadiah kepada para pemenang dan menyempurnakan majlis penutup tilawah itu yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur sejak 16 Jun lalu


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0622&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz35JvGhyXn 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment