Sunday, July 20, 2014

Diancam penyamun


Pasukan penyiasat tidak pasti berapa banyak barangan mangsa dicuri berikutan bagasi ditemui di tempat kejadian dibuka dan menunjukkan tanda diusik.

Antara barangan yang tidak disentuh di lokasi seluas hampir 16 kilometer (km) itu termasuk kotak makanan, patung mainan lembut, gambar keluarga dan pasport.
Sebaliknya, dompet dan kad kredit antara sasaran utama pencuri.

“Tidak satu pun dompet berisi wang atau telefon bimbit ditemui di tempat kejadian,” kata seorang wartawan di tempat kejadian.

Barangan yang ditemui juga belum disusun dan dikategorikan seperti diperuntukkan bagi prosedur siasatan tempat jenayah.
Foto
PENDUDUK tempatan melawat kawasan nahas yang tidak dikawal pasukan keselamatan.
Kawasan terbabit juga tidak diasingkan, menyebabkan sesiapa saja mampu memasuki kawasan itu yang dibimbangi boleh memudahkan lagi perbuatan pencuri yang berpura-pura membantu pasukan penyiasat.

Satelit Amerika Syarikat mengesahkan pesawat itu ditembak peluru berpandu yang dilancarkan dari darat, namun setakat ini pihak bertanggungjawab masih tidak dapat dikenal pasti, malah Ukraine dan Russia saling menyalahkan satu sama lain.
Seramai 298 orang, termasuk 15 anak kapal, terbunuh dalam kejadian itu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/20

No comments:

Post a Comment