Sunday, July 20, 2014

Ukraine adakan mesyuarat pertama nahas


Kuala Lumpur: Kerajaan Ukraine semalam mengadakan mesyuarat pertama jawatankuasa siasatan nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di bahagian timur negara itu.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Konsular, Kementerian Luar Ukraine, Andril Sybiga berkata semasa mesyuarat itu, tindakan dirangka untuk menyelaras kerja pelbagai agensi kerajaan terbabit dalam siasatan berkenaan.


Kerajaan Ukraine memilih Kharkiv, bandar raya kedua terbesar di bahagian timur laut negara itu, sebagai pangkalan untuk jawatankuasa itu.

“Siasatan ini akan merangkumi dimensi antarabangsa berikutan mangsa pesawat membabitkan rakyat asing,” kata Sybiga dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Ukraine di sini semalam.


Kenyataan itu menyebut, setakat ini 181 mayat ditemui. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment