Monday, July 14, 2014

Gaza: Pakatan Rakyat gesa sidang khas Parlimen


SALMIYAH HARUN | .

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat mendesak kerajaan agar diadakan satu sidang khas Parlimen untuk membincangkan isu serangan ke atas Palestin sebagaimana telah dibuat pada Januari 2009.

Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini turut menggesa kerajaan memanggil pulang Duta Malaysia ke Amerika Syarikat sebagai tanda protes yang paling jelas mengenai isu ini.

Menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin berlaku dengan sokongan padu Amerika Syarikat.

Tambahnya, kerajaan Malaysia wajar menghentikan serta merta kesemua kepincangan mengenai isu Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) dan tidak menandatangani perjanijian tersebut sebagai tanda protes terhadap Amerika Syarikat.

"Serangan Israel ke atas Palestin yang setakat ini telah mengakibatkan pembunuhan lebih 150 warga Palestin termasuk orang awam dan kanak-kanak," katanya. - HARAKAHDAILY 14/7/2014

No comments:

Post a Comment