KIEV 10 Ogos - Ketua perkhidmatan perisikan Ukraine, SBU, Valentyn Nalyvaichenko mendakwa pemberontak yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, sepatutnya menyasarkan sebuah pesawat penerbangan Rusia bagi memberi alasan kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin untuk menjajah negara ini.
Portal Daily Mail melaporkan Nalyvaichenko berkata, pemberontak pro-Rusia itu sepatutnya membawa pelancar peluru berpandu BUK yang dibawa dari sempadan Rusia, ke sebuah kampung Pervomaiskoe di barat Donetsk yang masih dalam kawalan Kiev.
Bagaimanapun, katanya, mereka tersalah kedudukan dengan menempatkannya di sebuah kampung yang memiliki nama sama di timur Donetsk.
"Jika mereka melakukan seperti yang diarahkan, pemberontak akan dapat menyasarkan sebuah penerbangan Aeroflot dari Moscow ke Larnaca, Cyprus yang membawa orang awam.
"Pembunuhan pelancong Rusia itu akan membolehkan tentera Ukraine dipersalahkan, memberi alasan kepada Moscow untuk menjajah,'' katanya.
Nalyvaichenko berkata, penerbangan Aeroflot AFL2074 berada berdekatan pesawat MH17 apabila ia ditembak jatuh pada 17 Julai lalu menyebabkan kesemua 298 penumpangnya terbunuh.
Beliau mendakwa ia merupakan kesimpulan yang dicapai berikutan siasatan ke atas kejadian yang berlaku.
SBU berkata, pihaknya telah menyerahkan bukti tersebut kepada pasukan siasatan antarabangsa diketuai Belanda.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140811/lu_04/Pemberontak-pro-Rusia-sasar-pesawat-Rusia#ixzz3A1tDukN2
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment