Saturday, August 9, 2014

PKR pecat Khalid Ibrahim

PKR pecat Khalid Ibrahim

MENTERI Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat sebagai ahli seumur hidup PKR. - Foto NSTP



 PETALING JAYA : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat serta merta sebagai ahli seumur hidup Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Perkara itu diputuskan sebulat suara dalam Mesyuarat Pimpinan Pusat (MPP) di Ibu Pejabat Keadilan di sini, sebentar tadi.

"Tindakan disiplin itu diambil berikutan keengganan Ahli Dewan Undangan Pelabuhan Klang itu meletak jawatan selepas didesak parti untuk berundur ," kata Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong pada sidang media di sini.

Beliau berkata, Abdul Khalid juga didapati mengingkari keputusan MPP yang melantik Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

"Dengan pemecatan itu, Abdul Khalid kini menjadi ADUN Bebas walaupun kekal sebagai Menteri Besar," katanya.

No comments:

Post a Comment