LUNCUR salji yang menjadi antara kegemaran legenda perlumbaan Formula Satu, Michael Schumacher menjadi punca kepada kecederaannya sehingga koma selama lebih enam bulan. Schumacher dibenarkan keluar dari hospital dan meneruskan rawatan di rumahnya, hari ini. |
GENEVA: Legenda Formula Satu (F1) Michael Schumacher dibenarkan keluar dari hospital di Switzerland dan meneruskan rawatan di kediamannya, hari ini.
Ini kali pertama bekas juara dunia tujuh kali itu meninggalkan hospital selepas berdepan insiden meluncur salji pada Disember tahun lalu.
Ia disahkan oleh kenyataan yang dikeluarkan keluarganya, hari ini.
"Sesi pemulihan Michael selepas ini akan dijalankan di rumahnya juga di Switzerland," kata kenyataan itu.
"Jika bersandarkan kepada kecederaan teruk yang dihadapinya, kemajuan sentiasa berjalan sejak beberapa minggu dan bulan lalu. Begitupun, perjalanannya masih sukar dan panjang," kata kenyataan itu. - AFP.
No comments:
Post a Comment