Tuesday, November 4, 2014

Susi lawan ketagih


Agensi
Jakarta: Menteri Kelautan dan Perikanan, Susi Pudjiastuti mengakui dia berdepan kesukaran mengubah tabiat merokok yang diamalkan sejak lama dulu.
Katanya, dia berusaha berhenti merokok, namun sebagai perokok tegar memerlukan masa untuk menjayakannya.
“Saya tak mampu melakukannya secara mengejut,” katanya ketika bertemu nelayan Pangandaran, Sabtu lalu.
Ketika sesi bertemu media selepas selesai pengumuman kabinet Presiden Jokowi baru-baru ini, Susi dilihat merokok ketika diwawancara.
Insiden itu menarik perhatian ramai sehingga mendorongnya berusaha mengubah tabiat berkenaan.
Tidak memiliki pengajian formal yang tinggi, Susi sebelum ini dikenali sebagai saudagar perikanan dan kemudian menjadi pemilik syarikat penerbangan Susi Air.
Media melaporkan, Susi kini dalam proses menamatkan ketagihan merokok bagi memaksimumkan kesihatannya.
Kata Susi, dia kini mengurangkan kuota rokok dari sehari ke sehari.
“Saya merokok sekali setiap empat jam.
“Ia bukti kesungguhan saya untuk bebas daripada bergantung kepada rokok,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 November 2014 @ 5:15 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6423#sthash.pD3xs0YZ.dpuf

No comments:

Post a Comment