Diterbitkan: Selasa, 4 November 2014 11:41 AM
Kakitangan syarikat penerbitan gergasi, Conde Nast mula berpindah ke bangunan setinggi 104 tingkat yang kini dikenali 'One World Trade Center'.
'One World Trade Center' merupakan bangunan tertinggi di Amerika Syarikat (AS) dibina semula dengan kos pembinaan hampir U$3.9 billion (RM12.9 billion).
Selain 3,400 pekerja Condé Nast yang menghuni sepenuhnya lima tingkat di bangunan itu, syarikat pengiklanan Kids Creative, operator stadium Legends Hospitality, dan penasihat pelaburan BMB Group antara beberapa nama besar yang akan memenuhi ruang syarikat pada awal tahun hadapan.
Bangunan Pencakar langit yang turut dikenali sebagai ‘The Freedom Tower’ itu memiliki ketinggian 104 tingkat dan tersergam indah di bandar Manhattan.
One World Trade Center dibina di atas tapak bangunan berkembar yang tumbang lebih sedekad lalu akibat serangan pengganas yang mengorbankan nyawa 2,700 orang yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan tersebut pada 11 September 2001.
60 peratus ruang sudah disewakan dan Pentadbiran Pengurusan Awam AS juga sudah menandatangani penyewaan ruang seluas 275,000 kaki persegi.
"Pemandangan udara New York kini lengkap semula," kata Patrick Foye, Pengarah Urusan pihak berkuasa pelabuhan, pemilik tapak pembangunan semula itu.
Bangunan pencakar langit setinggi 541 meter yang terletak di tengah tapak runtuhan asal akan turut dilengkapi dengan memorial tapak bangunan asal dan muzium yang akan dibuka pada tahun ini.
Sebuah dek peninjau di puncak bangunan pejabat yang disifatkan 'Foyer' paling selamat di seluruh AS juga akan dibuka kepada awam.

No comments:
Post a Comment