BEKAS Presiden Amerika Syarikat (AS), George H W Bush dibawa ke Hospital Houston hari ini selepas mengadu sesak nafas. - Foto REUTERS |
HOUSTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George H W Bush dibawa ke Hospital Houston hari ini selepas mengadu sesak nafas.
Jurucakapnya, Jim McGrath dalam satu kenyataan berkata, Bush dihantar oleh ambulans ke Houston Methodist Hospital petang semalam waktu tempatan sebagai langkah berjaga-jaga.
McGrath berkata, pemimpin berusia 90 tahun itu kini dalam pemantauan dan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di hospital berkenaan.
Bush sebelum ini pernah dirawat selama dua bulan di hospital sama dan dibenarkan keluar pada Januari 2013 selepas menjalani rawatan batuk kering dan kesihatan yang merosot.
Bush kebanyakan masa menggunakan kerusi roda termasuk ketika muncul menghadiri satu majlis pada November di A&M University, Texas dengan ditemani anaknya yang juga bekas Presiden, George W Bush.
Pada Jun lalu, Bush meraikan hari lahirnya yang ke-90 dengan melakukan terjunan payung terjun di kediaman musim panasnya di Maine. - AP
No comments:
Post a Comment