Wednesday, December 24, 2014

Pekerja Pangkalan Udara Mengaku MH17 Ditembak Jet Ukraine


Diterbitkan: Rabu, 24 Disember 2014 12:11 PM

PETALING JAYA: Seorang pekerja pangkalan udara warga Ukraine mendakwa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 telah ditembak oleh jet pejuang Ukraine, lapor akhbar tabloid Rusia, Komsomolskaya Pravda.
Pekerja yang enggan dikenali itu mendakwa, sebuah jet pejuang Ukraine jenis Su-25(gambar contoh) yang membawa peluru berpandu telah keluar dari pangkalan udara pada hari kejadian sebelum pulang tanpa peluru berkenaan.

Berdasarkan temubual yang diterbitkan pada Selasa, juruterbang pesawat pejuang itu didakwa kelihatan takut selepas tersilap menembak penerbangan awam milik Malaysia.
Sumber itu juga didakwa terdengar juruterbang berkenaan berkata, "tersilap pesawat" dan "pesawat itu berada di lokasi salah pada waktu yang tidak sepatutnya."
Jelasnya, terdapat tiga pesawat pejuang Ukraine berlepas dari pangkalan udara itu pada 17 Julai untuk melakukan serangan mengejut sebelum sebuah daripadanya pulang dengan tanpa peluru.
Ia dikatakan bertentangan dengan kenyataan pihak berkuasa Ukraine yang mendakwa tiada operasi dibuat pada hari berkenaan.
Berikutan dakwaan terbaharu itu, pasukan siasatan Rusia mula mengumpul bukti daripada individu berkenaan untuk siasatan lanjut.

No comments:

Post a Comment