Monday, December 15, 2014

Di antara 'genuine' dan 'faked leaders'


http://aspanaliasnet.blogspot.com/ | 12 Disember 2014.
Selagi permainan politik dikuasai oleh pemimpin-pemimpin yang ‘non-talented’ selagi itulah Malaysia tidak akan berjaya kembali kepada keadaan yang pernah rakyat Malaysia alami semasa pemerintahan dua atau tiga Perdana Menteri selepas merdeka dahulu. Bagi pemimpin yang jenis ini mereka hanya pandai berpolitik tanpa memahami apa sebenarnya yang perlu ada dalam politik itu sendiri. Politik yang tidak berjiwa merupakan ‘attribute’ kepimpinan apabila negara dipimpin oleh mereka yang tidak mempunyai ‘talent’ kepimpinan seperti yang saya katakan itu.

Mereka-mereka ini selayaknya duduk dan bersembang kosong sambil menghisap rokok daun dengan orang-orang seperti kami dibawah ini yang tidak ‘talented’ ini. Itulah sebabnya kita memerlukan mereka yang berkebolehan untuk memimpin negara dengan pimpinan yang berjiwa dan mempunyai keupayaan untuk membuat perancangan yang terbaik untuk negara, apatah lagi bagi negara kita yang penuh ‘diversified’ dari segi kaum, agama dan cara hidup ini.

Sekarang ini nasi sudah hampir menjadi bubur. Dalam serba serbinya kita sudah kehilangan pedoman. Kepimpinan yang berpedoman itu adalah dari mereka yang mempunyai pemikiran yang tertumpu kepada membina jiwa negara itu. Bagi pimpinan sekarang mereka hanya bercakap tentang ekonomi semata-mata kerana mereka menganggap pembangunan ekonomi dan pembangunan fisikal itu merupakan satu-satunya elemen yang perlu diberikan perhatian dalam ‘nation building’ itu. Unsur-unsur lain diketepikan sehinggakan negara dibangunkan dengan keadaan tempang dalam serba serbinya.

Mereka tidak percaya mengekalkan budaya bangsa-bangsa rakyat dalam negara itu merupakan satu kemestian bagi kita tidak menjejaskan pembangunan budaya bangsa-bangsa yang ada dalam negara kita untuk kita saling hormat menghormati di antara kaum-kaum yang berbeza itu. Malahan ramai di kalangan orang Melayu sendiri sudah terbentuk cara hidup Melayu itu menyekat pembangunan bangsanya. Kita boleh berjaya untuk menempa kemajuan tanpa meninggalkan budaya kita kerana budaya itu adalah lambang bangsa kita.

Orang Jepun tetap maju walaupun mereka mengekalkan budaya hidup menghormati dan tunduk menunduk bila bercakap dan berbicara sesama mereka dan orang lain. Begitu juga sifat dan ‘attribute’ bangsa Thai yang masih mengekalkan budaya asalnya tetapi tidak terhalang untuk maju mengikut peredaran zaman dan waktunya.

Kita di sini tidak mengakui yang asas dan budaya serta cara hidup kita itu boleh dikekalkan sambil membawa kemajuan kepada bangsa dan negara. Kini kita telah meninggalkan segala-galanya sehinggakan kita sudah mula kehilangan identiti kerana mengejar kemajuan seolah-olah ‘attribute’ yang diberikan Tuhan itu tidak memberikan ruang bagi menempa kemajuan.

Kita semuanya sibuk mencari kekayaan tanpa mengira moral yang sepatutnya bersama dengan kita dalam menuju kemajuan itu. Sikap materialistik bangsa kita telah menghilangkan sifat jiwa luhur bangsa kita sehingga kita boleh melakukan rasuah dan berbagai-bagai lagi tindakan buruk diatas nama mengejar kemajuan di dunia ini. Bagi pemimpin pula mereka merasakan pembinaan fisikal adalah komponen terbesar dalam pembangunan negara sedang pembangunan fisikal itu merupakan hanya sebahagian kecil komponen dalam proses membangunkan negara.

Kita tidak mempunyai ‘natural’ dan ‘talented leaders’ dan mereka tidak berpijak di atas bumi yang nyata. Maka pemimpin-pemimpin yang ‘unnatural’ dan ‘untalented’ ini telah membawa padah kepada rakyat dan negara kerana mereka dipimpin oleh mereka yang tidak berkepimpinan.

Mereka adalah di kalangan pelakon-pelakon yang berpura-pura memahami apa yang mereka hendak lakukan tetapi hakikatnya mereka tidak memahami apa yang mereka perlu lakukan. Mereka bercakap tentang ekonomi ‘which they know too little’ dan mereka tidak lebih pengetahuan mereka dari saya dan kami yang berada di bawah ini. Mereka bercakap tentang perpaduan nasional (national unity) tetapi segala tindakan mereka bertentangan dengan apa yang mereka perkatakan. Mereka sekali sekala bercakap tentang pembersihan negara dari budaya rasuah sedangkan intergriti mereka tentang isu ini amat diragui.

Selagi kita dipimpin oleh mereka yang meragukan integriti mereka, selagi itulah masalah dan kekalutan ini tidak akan selesai. Bagaimana mereka yang menyumbang kepada permasalahan negara boleh membetulkan keadaan kerana manusia ini mempunyai kebolehan masing-masing.

Jika kebolehan mereka ialah untuk memecah-belahkan negara bagaimana mereka boleh dan berkemampuan untuk menyatukan negara? Jika pemimpin mempunyai kepentingan peribadi dan keluarga yang besar bagaimana mereka hendak mengambil keputusan dengan betul kerana setiap keputusan penting untuk negara itu ditempelkan dengan kepentingan peribadi serta keluarga dan keturunan mereka.

Yang dikatakan ‘talented leaders’ bagi negara kita ialah mereka yang sejujurnya mendahulukan kepentingan negara bukannya menyelitkan kepentinagn keluarga bersama dengan slogan dan keputusan yang dibuat itu. ‘Untalented leaders’ selalunya menumpukan masa dan tenaga untuk menaikan imej dan ‘disposition’ mereka kerana mereka tidak ‘natural’ dan tidak berpijak di atas bumi yang nyata. ‘They are faked leaders stand-in like true and natural leaders’.

Terlalu banyak masa dan tenaga dibazirkan untuk menunjuk-nunjukkan yang mereka adalah pemimpin berwibawa sedangkan semua yang mereka tunjukkan itu merupakan kosmetik yang ditempelkan kepada diri mereka yang terlalu banyak kekurangan itu.

Mereka adalah dari golongan yang fakir jiwa dan kepimpinan. Kesilapan dan kerendahan akhlak kepimpinan mereka mudah terserlah kerana apa yang digambarkan hanya pada kulit itu tidak kekal lama dan mudah pudar, maka yang akan berlaku mengikut 'consequence' nya ialah apa yang kita sedang alami sekarang ini...sebuah negara yang seolah-olah tidak berkerajaan lagi.

No comments:

Post a Comment