Saturday, December 27, 2014

Gadis kulit mengelupas jadi ratu cantik




WAJAH Sumner semasa dia menghidap penyakit ekzema (kiri) dan gambar semasa dia memenangi gelaran ratu cantik Miss Black Country. - AGENSI



WALSALL, England – Nasib seorang gadis yang sering dibuli kerana menghidap penyakit ekzema bertukar sekelip mata selepas dinobatkan sebagai seorang ratu cantik.
Shelley-Marie Sumner, 23, sebelum ini mempunyai masalah kulit mengelupas seakan-akan kulit ular menyebabkan dia sering dibuli di sekolah dan hilang keyakinan diri. Malah dia pernah cuba mencederakan diri sendiri akibat tertekan.
Kini gadis yang diberi suntikan motivasi oleh guru tarinya mampu berbangga dengan dirinya apabila dinobatkan sebagai Miss Black Country dan layak untuk bertanding pada peringkat pertandingan ratu cantik England.
“Pengalaman di sekolah amat teruk apabila saya dipulaukan kerana mereka fikir penyakit yang saya hidapi akan berjangkit, saya terpaksa memakai baju lengan panjang walaupun pada musim panas.
“Disebabkan penyakit yang saya hidapi dahulu, saya tidak mempunyai ramai kawan, ramai antara mereka tidak menyukai saya kerana kulit saya sentiasa melekit hinggakan pada suatu ketika saya terpaksa memotong pendek rambut untuk mengelakkan rambut melekat di leher,” katanya.
Sejak memenangi Miss Black Country, gadis yang mempunyai kecantikan semula jadi itu telah menyumbang sebanyak £700 (RM2,991) kepada sebuah rumah kebajikan kanak-kanak dan bertugas sebagai duta di situ. – AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1227&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3N3S80tBh 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment