Saturday, December 27, 2014

Dunia memperingati bencana tsunami 2004


27 Disember 2014 12:49 AM
penduduk wanita Aceh mengadakan majlis keagamaan di salah sebuah rumah yang dilanda tsunami di Banda Aceh, semalam yang kini diubah suai menjadi monumen tsunami bagi memperingati genap 10 tahun bencana tsunami 2004. – AP - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/dunia-memperingati-bencana-tsunami-2004-1.41359#sthash.Wn3l9nov.dpuf
 
penduduk Sri Lanka menaiki kereta api Ocean Queen Express, yang pernah melalui detik hitam apabila kereta api itu dibadai tsunami pada 2004 mengorbankan 1,270 penumpang ketika kereta api itu dalam perjalanan dari Colombo ke Peraliya pada 26 Disember, 2004. – AFP


BANDA ACHEH 26 Dis. - Negara-negara yang terlibat dengan bencana tsunami besar pada 26 Disember, 2004, hari ini mengadakan upacara keagamaan bagi memperingati ­ulang tahun bencana itu yang mengorbankan kira-kira 300,000 orang.
Portal berita Al Jazeera me­laporkan, pelbagai upacara diadakan, hari ini bagi memperingati ulang tahun ke-10 peristiwa dahsyat itu yang diadakan di kawasan pantai yang terlibat dengan bencana tersebut termasuk upacara keagamaan oleh keluarga mangsa, pegawai kerajaan dan diplomat yang berkumpul di negara-negara terjejas seperti Indonesia, Thailand, Sri Lanka, India dan di tempat-tempat lain yang terjejas dengan bencana itu.
Di Indonesia, satu majlis rasmi bagi memperingati bencana itu diadakan di Aceh, wilayah yang paling teruk terjejas oleh tsunami 2004, yang turut dihadiri Naib Pre­siden Indonesia, Jusuf Kalla.
“Pada majlis itu diadakan bacaan doa, nyanyian lagu dan bacaan puisi serta upacara memperingati mangsa-mangsa yang terselamat. Upacara keagamaan turut diadakan di kawasan kampung-kampung berhampiran kawasan pantai bagi memperingati bencana itu,” lapor portal tersebut.
Kerajaan Thailand turut me­ng­adakan upacara memperingati ben­cana tsunami itu, yang mengorbankan 5,395 orang termasuk 2,000 pelancong asing di beberapa tempat di seluruh negara itu termasuk perkampungan nelayan, Ban Nam Khem.
Di Khao Lak, Thailand, kerajaan Sweden turut menganjurkan upa­cara di kawasan peranginan Orkid bagi memperingati seramai 543 rakyat negara itu yang terkorban dalam tsunami itu.
“Sesungguhnya ini merupakan masa yang sukar dan saya fikir inilah perbezaan cara memperingati bencana itu di Thailand kerana keba­nyakan yang datang ke sini adalah pelancong asing,” lapor portal itu.
Di Sri Lanka, upacara memperingati bencana itu diadakan dengan menaiki kereta api, simbolik kepada lokomotif yang telah tergelincir akibat tsunami 2004 yang mengorbankan seramai 1,270 penumpangnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/dunia-memperingati-bencana-tsunami-2004-1.41359#sthash.Wn3l9nov.dpuf

No comments:

Post a Comment