Sunday, December 7, 2014

Minta PBB siasat tragedi MH17


GAMBAR yang dirakam pada 23 Julai lalu menunjukkan keadaan di lokasi pesawat MH17 jatuh berdekatan kampung Grabove di Donetsk, Ukraine. - AFP


AMSTERDAM - Ahli keluarga mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang tidak berpuas hati dengan hasil siasatan yang dikendalikan oleh pihak berkuasa Belanda meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menubuhkan badan pen–yiasat antarabangsa.
Sepucuk surat ditulis oleh peguam Bob Van der Goen telah dihantar kepada Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte kelmarin yang menyatakan bahawa pihak berkuasa negara itu gagal menangani kes berkenaan.
Salinan surat berkenaan turut diterima oleh Reuters.
Mereka antara lain meminta supaya Lembaga Keselamatan dan urusan pendakwaan diserahkan kepada PBB.
Pesawat MH17 jatuh dipercayai ditembak menggunakan peluru berpandu darat ke udara oleh kumpulan pemisah pro-Rusia pada 17 Julai lalu menyebabkan kematian 298 penumpang dan anak kapal dengan dua pertiga daripadanya merupakan warga Belanda.
Pihak berkuasa Belanda yang mengetuai siasatan melibatkan 11 negara itu tidak membuat sebarang kesimpulan bagaimana kapal terbang itu ditembak jatuh atau mengenal pasti identiti pihak yang bertanggungjawab.
“Belanda benar-benar gagal dalam menyelesaikan hasil siasatan dan menyediakan rangka perundangan,” kata isi surat berke–naan yang didakwa mewakili 20 waris dari Belgium, Jerman, Belanda dan Amerika Syarikat.
“Tiada siapa mengetahui dalang sebenar tragedi MH17, siasatan yang dilakukan tiada koordinasi dan tiada siapa yang mengetuainya di Belanda,” ujar van der Goen. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1207&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3LAuD3Z00 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment