Cebisan pesawat MH17 di lokasi kemalangan di perkampungan Hrabove, wilayah Donetsk, Ukraine selepas ia ditembak jatuh pada 15 Disember lalu. – REUTERS
KIEV 25 Dis. - Seorang kakitangan di pangkalan tentera Ukraine mendakwa sebuah pesawat negara ini menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang menyaksikan 298 orang di dalam pesawat itu terbunuh.
Portal berita Daily Mail melaporkan, kakitangan yang identitinya tidak didedahkan itu membuat pendedahan itu kepada sebuah akhbar Moscow, Komsomolskaya Pravda.
Kakitangan itu berkata, pesawat pejuang Su-25 berlepas dari Dnipropetovsk membawa peluru berpandu udara ke udara dan pulang ke pangkalan tanpa peluru berpandu itu, pada hari yang sama pesawat Boeing 777 itu ditembak jatuh.
“Juruterbang pesawat tersebut kelihatan takut selepas keluar dari pesawat itu,’’ kata sumber Komsomolskaya Pravda.
Sumber itu berkata, juruterbang berkenaan Kapten Vladislav Voloshin menyatakan bahawa pesawat itu berada di tempat dan waktu yang salah dan disangka sasaran tentera.
“Kira-kira sejam sebelum pesawat Boeing itu ditembak jatuh, tiga pesawat pejuang berlepas dari pangkalan tentera Ukraine. Sebuah pesawat pejuang itu dilengkapi peluru berpandu udara ke udara. Ia adalah jenis Sukhoi-25,’’ kata sumber itu.
Kakitangan itu berkata, hanya satu pesawat pulang semula ke pangkalan tentera itu dan ia adalah pesawat yang dilengkapi peluru berpandu tersebut.
Sumber tersebut berkata, pesawat pejuang itu selalunya diarahkan untuk menyerang sasaran pemberontak di timur Ukraine, namun kali ini, pesawat itu dilengkapi peluru berpandu udara ke udara.
“Pesawat hanya dilengkapkan dengan peluru berpandu dengan arahan khas sahaja,’’ katanya.
Kakitangan itu berkata, penggunaan peluru berpandu telah lama dihentikan oleh Ukraine, namun seminggu sebelum tragedi melibatkan pesawat MH17 itu, peluru berpandu itu digunakan semula.
“Peluru berpandu itu mampu menyasarkan pesawat, sama ada secara langsung atau dilancarkan dari jarak 500 meter,’’ katanya.
No comments:
Post a Comment