Manchester: Seorang ibu empat anak mampu membelikan hadiah Krismas untuk anaknya tahun ini selepas meraih pendapatan sebanyak £3,000 (RM16,312) dengan menjual susu badannya.
Rebecca Hudson (gambar), 26, memulakan perniagaan itu selepas melahirkan anak bongsunya.
Ketika melahirkan anaknya itu payudaranya tidak menghasilkan banyak susu kerana bayi itu dilahirkan pramatang.
Bagaimanapun, tidak lama kemudian, susu yang dihasilkan itu berlebihan.
Bercakap mengenai perniagaannya itu dalam rancangan televisyen This Morning semalam, Rebecca berkata, anaknya hanya memerlukan tiga auns susu seminggu kerana dia bayi pramatang tetapi susu yang dihasilkannya terlalu banyak.
“Kerana tidak ada permintaan terhadap penderma susu badan, saya beralih ke Internet, menawar untuk menjual susu saya. Sambutannya sungguh menggalakkan,” kata wanita itu.
Menurutnya, dia menjual susu itu dengan harga £12.50 (RM68) untuk satu botol lima auns dan mempunyai lapan pelanggan tetap dengan kebanyakan mereka mengguna susu itu untuk memasak. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Disember 2014 @ 5:02 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/14159#sthash.whh5EDBF.dpuf
No comments:
Post a Comment