KIEV 5 Dis. - Ukraine semalam menggesa pengguna dan juga industri di negara ini mengurangkan penggunaan elektrik dan meminta syarikat perindustrian menukar jadual bekerja kepada waktu malam, ekoran kekurangan simpanan arang batu di negara ini.
Menteri Tenaga, Volodymyr Demchyshyn, meminta pengguna mengurangkan penggunaan elektrik sehingga 15 peratus dan berjanji akan mengurangkan tarif elektrik yang baharu jika pengguna berjaya mengurangkan penggunaan elektrik.
"Saya berjanji untuk memohon kepada badan kawal selia untuk menghentikan gangguan sekiranya pengguna berjaya mengurangkan penggunaan elektrik kepada 15 peratus," katanya dalam satu sidang media. - REUTERS
No comments:
Post a Comment