Bangunan ibu pejabat Jyllands-Posten di Copenhagen |
Jyllands-Posten memaklumkan kakitangannya melalui emel berhubung langkah keselamatan di bangunan syarikat itu di Copenhagen dan bandar Viby.
"Pengawasan dan tahap keselamatan di dalam dan sekitar ibu pejabat kami di ibu negara dan bandar Viby telah dipertingkatkan. Keselamatan pekerja adalah paling utama," menurut emel tersebut.
Jurucakap Jyllands-Posten, Christine Blach sebagai berkata, syarikat akhbar pro-Israel ditubuhkan pada 1871 itu turut memantau teliti perkembangan insiden serangan bersenjata terhadap Charlie Hebdo.
Mengimbas kembali ketika Jyllands-Posten menerbitkan 12 kartun pada 30 September 2005, yang sebahagian besarnya menggambarkan Nabi Muhammad SAW, ia mencetuskan kemarahan dan protes umat Islam di seluruh dunia hingga meragut sekurang-kurangnya 50
nyawa.
"Kami hidup dalam keadaan ketakutan terhadap serangan pengganas selama sembilan tahun, dan itulah penjelasan mengapa kami tidak mencetak semula kartun kami sendiri atau Charlie Hebdo.
"Kami juga sedar kami terdedah dengan ugutan dan serangan pengganas pada bila-bila masa," kata akhbar itu dalam satu kenyataan. - Press TV
No comments:
Post a Comment