Friday, January 16, 2015

Dakwaan miliki bank di Tanzania, Daim sedia kerjasama dengan SPRM


Dakwaan miliki bank di Tanzania, Daim sedia kerjasama dengan SPRM
Dakwaan miliki bank di Tanzania, Daim sedia kerjasama dengan SPRM
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berkata beliau sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan terhadap perniagaan perbankannya di luar negara.

"Saya bersedia untuk menyokong dan bekerjasama dengan SPRM dalam penyiasatan mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Daim juga berkata beliau mempunyai keyakinan terhadap kemampuan SPRM untuk menjalankan siasatan tersebut.

Sebelum ini terdapat laporan mengatakan Daim mengesahkan memiliki sebuah bank di Tanzania, namun menafikan terlibat dalam penyalahgunaan kuasa.

Daim dipetik oleh laporan berita sebagai berkata beliau disiasat dua kali sejak 1999 berhubung perkara itu, dan tiada apa yang tidak kena dalam siasatan itu.

Selain itu, Daim juga terkejut dengan perhatian luar biasa media arus perdana terhadap dakwaan pembangkang berkaitan tuduhan yang dilemparkan padanya.

“Walaupun saya faham motif ahli politik PKR ini kerana mereka tidak tahu perkara lain selain politik dan membuat dakwaan tidak berasas, saya agak terkejut dengan perhatian yang diberikan kepada mereka oleh media mesra kerajaan.

“TV3 tidak akan memberi walaupun sedikit masa siaran pada Pakatan, tetapi mengudarakan sidang media PKR tidak kurang daripada tiga kali. NST dan Utusan juga menyiarkan laporan itu," katanya lagi

No comments:

Post a Comment