Mogherini (kanan) dan ketua Liga Arab, Nabil al-Arabi berjabat tangan selepas menandatangani memorandum persefahaman di Belgium. - Foto AFP |
BRUSSELS - KESATUAN EROPAH. Kesatuan Eropah (EU) akan melancarkan projek antikeganasan dengan negara Islam dan meningkatkan perkongsian perisikan berikutan serangan di Paris, yang mencetuskan protes besar-besaran.
Dalam mesyuarat antara Menteri Luar Eropah dan ketua Liga Arab, mereka bersetuju tentang keperluan bekerjasama dengan negara Arab serta Turki khususnya dalam menangani ancaman yang semakin meningkat laor AFP.
"Kami sedang mempertimbangkan beberapa projek bersama negara tertentu bagi meningkatkan tahap kerjasama membanteras keganasan, antaranya Turki, Mesir, Yaman, Algeria dan negara Teluk," kata Ketua dasar luar EU, Federica Mogherini.
Ia termasuk memperbaiki penguasaan bahasa Arab untuk menentang propaganda Islam.
Katanya lagi, terdapat keperluan untuk berkongsi maklumat risikan bukan sahaja dengan EU tetapi juga dengan negara lain.

No comments:
Post a Comment