Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian |
Demikian reaksi Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengenai pembentangan unjuran semasa keadaan ekonomi negara oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Putrajaya hari ini.
Namun, sebaliknya, perkara penting itu langsung tidak disentuh oleh Perdana Menteri.
"Tiada pengumuman yang dibuat oleh PM mengenai perkara ini.
"Sepatutnya pemotongan peruntukan kepada PM menjadi perkara pertama yang perlu dilakukan oleh beliau dalam pembentangan tersebut," katanya ketika sidang medianya di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.
Jelas Rafizi lagi, oleh itu beliau melihat perdana menteri tiada keseriusan daripada aspek 'kehendak politik' untuk mengawal perbelanjaan kerajaan.
"Oleh itu pengumuman ini tidak menampakkan kesungguhan kerajaan untuk meneliti perkara sebenar yang menggugat kewangan kerajaan," katanya.
Ulasnya penangguhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang diumumkan Perdana Menteri tidak menjawab soalan pokok kepada permasalahan kewangan negara sebaliknya penjimatan tersebut hanya 'penyelesaian kecil' sahaja.
"Pengumuman yang dibuat beliau hanyalah menyentuh beberapa isu kecil dan tidak menyentuh perkara-perkara pokok yang lain.
"Isu perbelanjaan negara dan kejatuhan matawang RM tidak disentuh, namun beliau sentuh mengenai PLKN, yang dilihat terlalu 'kecil' isunya," katanya.
Pagi tadi, Najib membentangkan unjuran kewangan semasa ekonomi negara.
No comments:
Post a Comment