SEEKOR anjing milik Handoko yang membonceng motosikal menarik perhatian orang ramai di Surabaya, Jawa Timur.
SURABAYA - Dua ekor anjing jenis Golden Retriever kelihatan bersahaja mengenakan topi keledar di kepala sambil membonceng di belakang motosikal tuannya, selain mengikut ke mana sahaja tuannya, Handoko Njotokusuma bergerak mengelilingi bandar Surabaya.
Portal berita merdeka.com melaporkan, lebih unik lagi, anjing itu lengkap berkaca mata hitam dan mengenakan topi keledar di kepala sebagai langkah keselamatan.
Ekoran gayanya yang menarik perhatian sesiapa sahaja yang
melihat, kedua-dua ekor
anjing itu menjadi popular dan terkenal dalam kalangan masyarakat setempat.
Oleh kerana sering menjadi perhatian ramai, kedua-dua ekor anjing itu didapati sanggup bergambar dengan orang ramai yang berminat merakamkan gambar kenangan bersamanya.
Tuannya, Handoko berkata, kedua-dua ekor anjing kesayangannya itu mula menaiki atau membonceng motosikal ketika masih kecil lagi.
Pengusaha berusia 59 tahun ini akhirnya mengajar haiwan peliharaannya itu tentang cara duduk di atas motosikal.
“Ketika mereka berusia empat bulan, saya ajar mereka tentang bagaimana duduk di depan. Setelah semakin besar iaitu sekitar usia lapan bulan, saya ajar mereka duduk di kerusi belakang,” kata Handoko.
Menurut Handoko, setelah
diberi tunjuk ajar, kedua-dua haiwan tersebut terus naik
ke atas kerusi bonceng motosikal tuannya, duduk dan menunggu
tuannya menghidupkan
enjin motor.
“Mereka tengah bersiap. Ramai orang di daerah itu amat tertarik untuk bergambar bersama kedua-dua ekor anjing tersebut. Perkara ini membuatkan saya berasa selesa setiap hari,” katanya.
Difahamkan kedua-dua ekor anjing Handoko yang diberi
nama Ace dan Armani ini pernah ditawar orang dengan harga
lumayan untuk membeli anjing tersebut ekoran bakat yang mereka miliki. Namun Handoko menegaskan bahawa dia tidak menjual anjing berkenaan.
No comments:
Post a Comment