Saturday, February 21, 2015

Fariz, Adam ditahan depan Sogo

Kuala Lumpur: Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fariz Musa dan bekas penuntut yang digantung pengajian, Adam Adli, ditahan polis di depan Sogo, lewat petang ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata mereka ditahan kerana menghadiri perhimpunan dan berucap yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 141 Kanun Keseksaan.
Adam ditahan 5.30 petang sementara Fariz, kira-kira 6 petang.
Mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Dang Wangi menyebabkan berpuluh penyokong berhimpun di hadapan IPD Dang Wangi menyatakan bantahan.
Mereka kemudian dibawa ke lokap Jinjang untuk tindakan selanjutnya.
Difahamkan, penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mula berhimpun di pusat beli-belah itu, pada 4.30 petang.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad pada mulanya turut ditahan namun dibebaskan selepas pihak berkuasa memberi kata dua kepada dia dan penyokongnya, yang berkumpul di hadapan IPD Dang Wangi.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Februari 2015 @ 8:04 PM


IPD Dang Wangi yang kecoh. FOTO Muhd Zaaba Zakeria
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32232#sthash.kzugc1z6.dpuf

No comments:

Post a Comment