Saturday, February 7, 2015

'Saya tak mahu hidup di bawah undang-undang hudud' kata Noor Farida

'Saya tak mahu hidup di bawah undang-undang hudud' - Noor FaridaSabtu, 7 Februari 2015

KUALA LUMPUR: Dengan kebangkitan banyak kumpulan ekstremis agama dan kaum, adalah tidak sesuai jika hukum hudud dilaksanakan di dalam negara, kata jurucakap Kumpulan Tokoh Melayu (G25), Datuk Noor Farida Ariffin. Bercakap dalam sebuah forum hari ini, beliau menolak sepenuhnya undang-undang hudud sekiranya ia dilaksanakan di negara ini. “Kita perlu sedar apa yang berlaku di dalam negara sekarang. Dengan kebangkitan kumpulan ekstremis agama dan kaum adalah tidak sesuai jika undang-undang hudud dilaksanakan. "Saya orang Islam dan mempraktikkan Islam tetapi saya tidak mahu hidup di bawah undang-undang hudud. No, thanks," katanya di dalam forum 'Malaysia, Kebebasan Ekonomi dan Globalisasi' sempena ulang tahun Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) yang ke-lima. Tambah Noor Farida lagi, untuk melaksanakan hukum hudud, beberapa aspek perlu dipertimbangkan. "Pada 1993, negeri Kelantan telah meluluskan rang undang-undang hudud. Namun Perlembagaan Persekutuan menentangnya. "Saya tahu, mungkin ada ustaz-ustaz yang akan kata saya tak boleh mempersoalkan hukum Allah. Benar, namun kajian-kajian dari para ilmuan Islam ada dibuat mengenai hudud," jelasnya. "Kata para ilmuan, beberapa aspek perlu dipertimbangkan seperti jurang antara kaum dan kesesuaian sebelum ia dilaksanakan. Sekarang pun, jurang Melayu kaya dan miskin pun masih jauh," kata bekas duta Malaysia ke Belanda itu lagi.

Noor Farida

Panelis forum: (dari kiri) Dr Razeen Sally, Pengerusi Unit Politik, Ekonomi dan Urus Tadbir Kerajaan IDEAS; Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Konsultan luar Institut Perdagangan Dunia (WTI), Dr Sufian Jusoh; Noor Farida and Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS Wan Saiful Wan Jan. - Astro AWANI/Haider Yutim


 Kata Noor Farida, kaedah undang-undang hudud yang mahu dilaksanakan di negara ini masih lemah dalam cara perlaksanaannya dan tidak menggunakan teknologi terkini. "Zina misalnya, saya tidak faham dalam abad ke 21 ini enakmen syariah masih lagi tidak menggunakan teknologi canggih dalam menentukan mereka yang ditangkap kerana berkhalwat. "Masih mahu mengekalkan kaedah empat orang saksi. Mengapa tak adakan ujian DNA dalam menentukan pesalah. Bagaimana nak dapatakan empat orang saksi dalam kesalahan zina?" soalnya. Katanya hal ini boleh menyebabkan berlakunya kesukaran dalam membuktikan bahawa pesalah-pesalah itu benar-benar bersalah. Menurut Noor Farida, ia juga boleh membuatkan golongan pedofil membanjiri negeri Kelantan untuk melakukan jenayah seksual ke atas kanak-kanak di sana tanpa disabit kesalahan. "Jika hudud dilaksanakan di Kelantan, golongan pedofil akan membanjiri Kelantan untuk merogol kanak-kanak di sana... dan tiada tindakan akan dikenakan terhadap mereka," katanya. Tegasnya, itu mungkin berlaku kerana mereka menolak kaedah pembuktian saintifik dan sebaliknya menggunakan bukti kurun ke-12 sebagai pembuktian untuk kes zina. Kerajaan negeri Kelantan kini sedang bercadang membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bulan depan bagi mendapatkan kelulusan beberapa pindaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 yang akan membolehkan ia melaksanakan hukum hudud dan qisas di negeri itu. Cadangan pindaan terhadap enakmen tersebut juga akan dibincangkan dalam mesyuarat parti itu pada pagi Ahad ini. Menurut PAS, sebarang keputusan akan dibuat dalam mesyuarat tersebut sebelum ia dibawa kepada mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada sebelah petang hari yang sama.
http://wargamarhaen.blogspot.com

No comments:

Post a Comment